Monday, November 26, 2012

LATIHAN

Tuliskan nama negeri bagi bendera berikut.


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________

___________________________


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________


___________________________

BENDERA NEGERI PULAU PINANG

Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya





JATA NEGERI PULAU PINANG

Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu.  Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut.  Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.  Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.  Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima.  Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.


LAGU NEGERI PULAU PINANG

Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.
JALUR GEILANG
                  

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

JATA NEGARA MALAYSIA

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi Kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bintang dan anak bulan melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai dengan simbol pokok pinang melambangkan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan simbol pokok Melaka melambangkan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada masa tersebut.

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah perisai, warna hitam dan putih ialah warna Negeri Pahang; merah dan kuning warna Negeri Selangor; hitam, putih dan kuning warna Negeri Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah menandakan negeri Sabah di sebelah kiri, Sarawak di sebelah kanan dan di tengahnya ialah Bunga Raya – Bunga Kebangsaan. Dua ekor harimau ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-Negeri Melayu Bersekutu itu di pakai dalam Lambang Malaysia. Cogan –Bersekutu Bertambah Mutu – ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan ialah warna Diraja Yang Maha Mulia Raja-Raja.


LAGU NEGARAKU

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!

Monday, November 19, 2012

Proses P&P dalam Bilik Darjah 4B


























Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancar dan objektif tercapai sebelum tamat P&P.

Wednesday, November 14, 2012

                                                                Tugu Negara


Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. 


Friday, November 9, 2012

latihan


Nama:……………………………………………….                Tahun: 4……


Tuliskan jawapan anda di ruang yang disediakan:



1.     Mengapakah orang zaman silam menulis di atas batu?

………………………………………………………………………………


2.     Apakah tujuan maklumat itu ditulis diatas batu?

………………………………………………………………………………


3.     Apakah pengetahuan yang diperoleh apabila melawat muzium?

………………………………………………………………………………


4.     Senaraikan empat (4) kebaikan menyertai lawatan ke sesebuah muzium:

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………


5.     Apakah yang dimaksudkan dengan muzium?

………………………………………………………………………………


6.     Mengapakah muzium penting di dalam kehidupan sesebuah masyarakat?

………………………………………………………………………………